Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Digelar Ahli Neraka, Shalma Eliana Terima Kecaman Kerana Mengaku Bercinta Bersama Ismail Izzani

Penyanyi dan kini bergelar pelakon, Shalma Eliana,20, mengakui dirinya pernah menerima kecaman yang hebat apabila terbuka mengenai kisah cintanya dengan penyanyi Ismail Izzani.

Namun begitu, Shalma memilih untuk mengabaikan kecaman dan lebih selesa untuk menyekat sepenuhnya akaun media sosial mereka yang mengecamnnya.

Advertisement

Menurut penyanyi lagu Mahukah Kamu ini, pelbagai kata-kata kejian telah diterimanya malah ada yang berbaur ugutan. Namun begitu, kata Shalma ianya tidak lah seteruk yang dialami kekasihnya, Ismail Izzani.

View this post on Instagram

“Cheer up Zam, Salina kan ada??” stay tuned??? @dramasangat @ismailizzani_

A post shared by YANA (@shalmaeliana) on

“Pelbagai kecaman saya pernah kena. Bahkan, ada yang berbaur ugutan. Antaranya, ada yang menghentam saya dengan mengatakan muka saya nampak tua, ahli neraka dan macam macam lagi. Mail (Ismail) pernah kena lagi teruk. Bahkan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri semata-mata untuk dapatkan perhatiannya,”

Dia yang sebelum ini terbuka bercerita mengenai hubungannya bersama Ismail yang terjalin sejak tahun 2018, Shalma turut tidak menolak ketika ditanyakan mengenai perancangan untuk bertunang.

View this post on Instagram

Selamat hari raya from us? Tahun ni dapat raya sekali with this boy @ismailizzani_

A post shared by YANA (@shalmaeliana) on

Namun, menurutnya lagi, usia yang masih muda iaitu baru saja menjejak 20 tahun membuatkan mereka menundannya terlebih dahulu meskipun niat untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam perhubungan itu telah ada.

View this post on Instagram

Aroma Available on all digital platforms guys! Stream stream stream!! ? #aromayana

A post shared by YANA (@shalmaeliana) on

Advertisement

Perkembangan terbaru, Shalma bakal tampil dengan lagu single terbaru berjudul Aroma.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top