Digelar ‘Abe Soh Bini Ramai’ Kerana Kahwin Lebih Dari 19 Kali Dan Dikurniakan 46 Anak dan 200 Cucu

Kehidupan

Digelar ‘Abe Soh Bini Ramai’ Kerana Kahwin Lebih Dari 19 Kali Dan Dikurniakan 46 Anak dan 200 Cucu

Tidak pernah digambarkan jika seorang lelaki sudah berkahwin lebih dari 19 kali. Pasti anda tertanya-tanya berapa orang anak dan cucu agak-agaknya?

Mari ikuti kisah seorang guru silat di Kota Bharu, Kelantan kini sudah berusia 72 dan mempunyai 46 orang anak.

Advertisement

Dipetik dari Berita Harian, guru silat, Che Soh Che Ahmad, 72, atau lebih dikenali sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ yang tinggal di Kampung Babong, Sering, Kedai Lalat pernah berkahwin sebanyak 19 kali dan kini mempunyai 46 anak berusia antara 15 tahun hingga 50-an serta 200 cucu.

Siapa sangka, Che Soh mempunyai kisah hidup cukup unik apabila mula berkahwin ketika berusia 15 tahun dan perkahwinan terakhirnya ketika berusia 55 tahun.

Namun, apa yang mengejutkan, hubungan keluarga besar Che Soh cukup rapat walaupun anak berlainan ibu, malah tiga isterinya sangat baik antara satu sama lain, bagaikan tiga beradik.

Saya berkahwin ketika berusia 15 tahun dan selepas setahun perkahwinan, saya mula berkahwin lain dan ada ketikanya mempunyai empat isteri dalam tempoh tertentu.

Kali terakhir berkahwin ketika berusia 55 tahun iaitu 17 tahun lalu dan isteri ketika itu berusia 16 tahun. Namun, usia perkahwinan itu paling singkat berbanding yang lain kerana hanya mampu bertahan dua minggu saja.

Daripada 19 perkahwinan itu, kebanyakannya kami bercerai hidup, tetapi hubungan anak-anak cukup baik dan setiap kali berkumpul, ia waktu yang cukup bermakna bagi keluarga kami.

Ditanya rahsianya yang mampu menarik minat gadis berusia belasan tahun walaupun beliau sudah beristeri, Che Soh berkata, ia mungkin disebabkan beliau mempunyai sifat diimpikan perempuan.

Walaupun tegas, tetapi saya seorang yang penyayang dan lucu. Semua 19 isteri dikahwini ketika mereka berusia belasan tahun.

Saya tidak menyesal dengan perjalanan hidup yang unik ini. Walaupun orang menggelar saya ‘Abe Soh Bini Ramai’, saya tidak marah kerana ia perkara benar dan tidak perlu disembunyikan.

Saya bersyukur Allah menganugerahkan saya isteri yang baik dan mendengar kata, malah tiga isteri sekarang pernah tinggal bersama satu rumah selama 10 tahun, sebelum masing-masing tinggal di rumah sendiri.

Che Soh berkata, pada usia 70-an ini, ada kalanya dia masih terdetik untuk berkahwin lagi, namun anak perempuannya menasihati supaya berhenti mencari isteri.

Kini saya ada tiga isteri dan banyak masa ditumpukan untuk beribadat.

Sementara itu, isteri pertamanya, Mariam Kadir, 60, berkata dia isteri yang ke-16 dan berkahwin ketika berusia 16 tahun.

Suami seorang yang baik dan berlaku adil kepada semua isterinya. Hubungan kami rapat seperti adik-beradik dan setiap kali Aidilfitri, kediaman kami cukup meriah dengan berkumpul di rumah suami berada ketika itu.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...