‘Diganggu’ Saat Hamil Anak Kedua, Puteri Sarah Liyana Kongsi Pengalaman – “Saya Tak Boleh Makan Dan Tidur Sampai Doktor Marah”

Hiburan

‘Diganggu’ Saat Hamil Anak Kedua, Puteri Sarah Liyana Kongsi Pengalaman – “Saya Tak Boleh Makan Dan Tidur Sampai Doktor Marah”

Satu video memaparkan Puteri Sarah Liyana berkongsi momen ketika hamilkan anak keduanya menjadi tumpuan netizen hari ini.

Difahamkan, video siaran langsung pelakon itu dimuat naik kembali oleh seorang individu di TikTok itu menjadi viral dan seolah-olah menggambarkan situasi yang sedang ‘hangat’ pada ketika ini.

Advertisement

Menurut Sarah, ketika hamil cahaya mata keduanya, dia telah ‘diganggu’ sehingga menjejaskan kandungan.

Sumayyah 3 kg, sepatutnya 3.3kg. Tapi disebabkan saya dah diganggu ketika mengandungkan Sumayyah, jadi saya tak boleh makan dan tak boleh tidur.

Ketika itu doktor marah juga sebab perancangannya, Sumayyah akan dilahirkan lagi seminggu dengan berat 3.3kg.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen sudah dapat meneka apakah bentuk ‘gangguan’ yang dimaksudkan oleh Puteri Sarah itu.

Netizen juga bersimpati dengan nasib yang menimpa Puteri Sarah Liyana saat dirinya sedang hamil dan mengalami masalah rumah tangga yang serius angkara orang ketiga.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada tahun 2014 namun bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,7, dan Sumayyah yang kini berusia 5 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

media sosial ira kazar dipenuhi komen simpati netizen
4 months ago

Media Sosial Ira Kazar Dipenuhi Kata Semangat, Simpati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...