Diganggu Lelaki Miang, Riena Diana Terima Foto Paha Dalam Tab Mandi Di Instagram

Hiburan

Diganggu Lelaki Miang, Riena Diana Terima Foto Paha Dalam Tab Mandi Di Instagram

Pelakon dan juga penyampai radio Hot FM, Riena Diana mendedahkan bahawa dia ada menerima foto berbaur lucah daripada seorang individu yang tidak dikenalinya, baru-baru ini.

Riena DianaSumber : Instagram Riena Diana  

Menurut Riena, dia menerima foto tersebut menerusi akaun Instagramnya setelah tidak melayan pesanan yang dihantar oleh lelaki itu.

Advertisement

Gara-gara mengabaikan mesej di DM tersebut, Riena terpaksa melihat aksi berbaur lucah berupa foto yang menampakkan bahagian paha seakan berada dalam tab mandi.

IG Riena DianaSumber : Instagram Riena Diana  

Menurut pelakon drama Kampung People ini lagi, dia tidak menyangka individu tersebut telah tergamak menghantar gambar-gambar seperti itu meskipun profil akaun tersebut mengandungi kalimah Allah.

IG Riena DianaSumber : Instagram Riena Diana  

 

“Pada bio itu elok dah ingat Allah, tapi bila DM, berbeza betul ek? Orang macam ini jangan dibiarkan, sorok di sebalik akaun palsu dan kalau dibiarkan lama-lama gambar mengarut lagi dia hantar. Keji la!”

Dalam pada itu, Riena memberitahu bahawa dia telah menyekat akaun Instagram individu tersebut dan menganggap lelaki itu mempunyai masalah mental.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...