Pelakon dan juga penyampai radio Hot FM, Riena Diana mendedahkan bahawa dia ada menerima foto berbaur lucah daripada seorang individu yang tidak dikenalinya, baru-baru ini.
Sumber : Instagram Riena Diana Menurut Riena, dia menerima foto tersebut menerusi akaun Instagramnya setelah tidak melayan pesanan yang dihantar oleh lelaki itu.
Gara-gara mengabaikan mesej di DM tersebut, Riena terpaksa melihat aksi berbaur lucah berupa foto yang menampakkan bahagian paha seakan berada dalam tab mandi.
Sumber : Instagram Riena Diana Menurut pelakon drama Kampung People ini lagi, dia tidak menyangka individu tersebut telah tergamak menghantar gambar-gambar seperti itu meskipun profil akaun tersebut mengandungi kalimah Allah.
Sumber : Instagram Riena Diana
“Pada bio itu elok dah ingat Allah, tapi bila DM, berbeza betul ek? Orang macam ini jangan dibiarkan, sorok di sebalik akaun palsu dan kalau dibiarkan lama-lama gambar mengarut lagi dia hantar. Keji la!”
Dalam pada itu, Riena memberitahu bahawa dia telah menyekat akaun Instagram individu tersebut dan menganggap lelaki itu mempunyai masalah mental.
