Pelakon Rita Rudaini menerusi sebuah hantaran Instagram Story memaklumkan bahawa ada rakan artis yang telah menabur fitnah mengatakan bahawa dia kini sedang menjalani penggambaran sedangkan dirinya belum mengambil vaksin.
Ujar Rita, dia kini sedang bersenang-lenang di rumah dan menjalani aktiviti harian seperti biasa.
View this post on Instagram
Dalam hantaran panjang lebarnya itu, Rita memesan kepada rakan artis tersebut agar tidak risau akan ketentuan rezeki kerana segalanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Ada rakan industri fitnah saya cakap tengah shooting. Saya tak ambil vaksin, kecoh ni dok menjaja. Alahai sabar lah wahai teman, jangan takut dengan rezeki awak. Rezeki awak dengan rezeki saya tak sama. Tuhan dah asingkan dah. Tak payah nak berebut wahai teman.
Tambah pelakon Shah Alam 40000 ini lagi, dia tidak kisah dan menerima dengan hati yang terbuka jika namanya digugurkan dalam mana-mana produksi kerana keengganannya menerima vaksin.
Saya percaya dengan rezeki yang tuhan tetapkan. 100 episod nama saya digugurkan pun saya okay sebab bagi saya Allah dah tulis macam tu. Jadi percayalah, apa yang dengki sangat dengan saya.
Terdahulu, Rita telah membuat kenyataan berani apabila dia enggan mengambil vaksin serta turut mempertahankan haknya untuk tidak mendapatkan suntikan pelali COVID-19 itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.