Difitnah Sebagai Pelawak Kasanova: Tauke Jambu Buat Laporan Polis Saman Penulis Blog

Hiburan

Difitnah Sebagai Pelawak Kasanova: Tauke Jambu Buat Laporan Polis Saman Penulis Blog

Gosip mengenai pelawak kasanova yang meminta wanita untuk memberikan foto lucah mereka telah mencetuskan pelbagai spekulasi. Ada yang mendakwa pelawak tersebut adalah Tauke hanya kerana beliau mempunyai sejarah dengan beberapa wanita.

Meskipun sudah berkali-kali beliau menafikan dakwaan tersebut, Tauke  nampaknya sudah tidak mampu untuk bersabar apabila beberapa blog tetap mengaitkan namanya dengan isu berkenaan.

Advertisement

Bagi membersihkan nama beliau, Tauke telah mengambil langkah untuk membuat laporan polis dan ingin menyaman tiga penulis blog yang telah menyebarkan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya di Balai Polis Gombak, Kuala Lumpur pada malam Isnin yang lalu.

Saya terlalu marah sehingga saya membuat laporan polis ke atas tiga penulis blog yang menulis cerita yang tidak benar tentang saya sedangkan saya sudah jelaskan bahawa saya bukan individu yang dimaksudkan itu.

Setakat ini polis sedang buat siasatan dan petang Selasa saya akan berbincang dengan pihak Astro tentang tindakan daripada sudut perundangan yang boleh diambil terhadap mereka.

Gosip ini sedikit sebanyak boleh menjatuhkan imej beliau sebagai pelawak juga terhadap program SATE yang dikendalikan olehnya di ERA FM.

Selama ini saya berdiam sahaja jika mereka tulis cerita buruk tentang saya, tetapi kali ini terlalu melampau kerana ia turut menjejaskan stesen radio dan progam yang saya kendalikan di Era FM.

Saya buat demikian untuk membersihkan nama saya semula dan memberitahu bahawa saya tiada kaitan dengan kontroversi tersebut.

Pada pendapat kami adalah lebih baik untuk wanita yang telah mendedahkan cerita pelawak kasanova itu untuk tampil menjelaskan siapakah identiti pelawak  itu. Jika anda hanya berdiam diri maka pelbagai spekulasi akan berlaku sehingga menglibatkan nama pelawak lain yang tidak bersalah. Jujur sahaja kepada umum, lebih mudah begitu agar ia menjadi pengajaran buat yang lain.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...