Difitnah Perampas Suami Noniswara, Maznah Zolkifli Akan Ambil Tindakan

Hiburan

Difitnah Perampas Suami Noniswara, Maznah Zolkifli Akan Ambil Tindakan

Umum mengetahui yang keretakan rumah tangga Noniswara berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Namun begitu, identiti si perampas itu tidak pernah disebut secara terang-terangan. Ahad lalu, sebuah suratkhabar mengandaikan bahawa orang ketiga itu ialah Maznah Zolkifli.
maznah zolkifliMaznah Zolkifli merupakan seorang bekas personaliti televisyen dan kini aktif bergiat di dalam dunia permotoran. Berkata kepada Kosmo, Maznah enggan memberi komen apa-apa mengenai dakwaan tersebut. Kata Maznah:-

Saya minta maaf, saya sudah cakap saya memang tidak mahu langsung memberi komen tentang perkara itu. Memang saya sangat terkejut dan saya telah difitnah. Saya bakal mengambil tindakan selanjutnya ke atas kes ini. Saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana saya telah pun berjumpa dengan peguam saya dan saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan. Memang saya akui ini semua fitnah semata-mata.

Advertisement

maznah zolkifli
Siapa sebenarnya rakan artis Noniswara yang menjadi punca perpisahan rumah tangganya? Noniswara kata, semua orang tahu identiti wanita tersebut. Yang pasti, bukanlah Maznah Zolkifli. Apa pun sama-sama kita nantikan tindakan lanjut daripada Maznah sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...