Difitnah Perampas, Nina Iskandar Saman Jurusolek Dan Bekas Isteri Suami

Hiburan

Difitnah Perampas, Nina Iskandar Saman Jurusolek Dan Bekas Isteri Suami

Desas desus mengenai status perhubungan pelakon jelita, Nina Iskandar dan penolong pengarah, Azlan Adzanan ataupun lebih dikenali sebagai Lan Lebah akhirnya terjawab apabila mereka sudah telah selamat berkahwin pada bulan April lalu.

nina iskandar kahwin

Advertisement

Walaupun sudah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Nina masih lagi terpalit dengan kontroversi dikaitkan menjadi perampas dan punca suaminya bercerai dengan isteri sebelum ini.

Tidak mahu pelbagai spekulasi liar terus hangat diperkatakan, Nina menerusi  Insta Story di Instagramnya tampil menjelaskan perkara sebenar.

nina iskandar perampas

Nina meluahkan rasa kesal difitnah menjadi perosak rumah tangga orang lain. Dia bertemu dan mula berkenalan dengan suaminya setelah hampir setahun Lan berpisah dengan bekas isterinya.

Terdahulu, Nina dihimpit kontroversi panas dan menjadi topik perbualan ramai apabila dia dikatakan telah menjadi punca keretakan rumah tangga Lan bersama bekas isterinya yang merupakan seorang pramugari.

nina iskandar

Namun, dalam satu sidang media khas Nina menafikan tuduhan tersebut dan menganggapnya adalah satu fitnah yang mahu menjatuhkan nama baiknya. Nina turut berhasrat mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak yang menyebarkan fitnah tersebut sehingga memburukkan imejnya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

24 Comments

  1. 123kucing

    August 8, 2019 at 5:24 pm

    Laki hodoh macam ni pun kau nak

  2. damai

    August 8, 2019 at 10:02 am

    nasib kau lah Nina, if kau bahagia ok lah, if x jgn ckp org x payung awal2, no need lah nak saman2, dah mmg betul kau ambil duda yg baru bercerai so mmg org akan tuduh kau perampas, kalau kau rasa kau bukan perampas, just seal your mouth and hope that you have lovely marriage, nanti dah kahwin baru tahu oh tidak laki aku rupanya x ada duit, hutang dia sekeliling pinggang.

  3. Anonymous

    August 8, 2019 at 4:03 am

    Abisla nina mesti kau kena boikot mcm izreen. yg tgok drama ni semua ramai makcik bawang yg anti sondol. nampaknya berakhirla career kau sebagai pelakon. rip.

  4. Lavender

    August 8, 2019 at 1:21 am

    An MUA?

    • Anonymous

      August 8, 2019 at 9:42 am

      btul lah an mua, sebab M kan sebut as ” EM” jadi kene guna an, sebab vowel sebutan kat depan.

  5. Anonymous

    August 8, 2019 at 12:17 am

    Ingatkan dia kawen dgn BF dia y hensem iras2 cam sharnaz tu…sekali tgk rupe laki dia…Allah…tepuk dahi…adoiii nina dh xde org lain lg ke…gemok dan muke x semenggah…xpe..maybe kaya kot byk duit…maklum laa penolong pengarah drama…

    • Anonymous

      August 8, 2019 at 8:26 am

      Klau kau rajin Google.. ada info dlm2 cerita..bkas bini ckp…seorg suami yg tiada apa2..kereta cabuk je.. dn seorg yg x brtggugjwb. Bkas bini pnh ckp…tinggalkn je Lan tu sbb Nina ni boleh dpt yg lebih bgus dri suaminya..
      Ini aku ada baca. Aku smpaikn lh dri info yg aku baca..bukn fitnh.
      Klau bkas bini ckp bohong..kitapun tertipu. Klau bkas bini ckp bnar..tunggulh kesudahnya.

      Rajin2lh sekodeng2. Tajuk taip je..lan lebah atau nina byk info dlm tu.

      Sbelum mmbwg..kita kena ada info. Tak lh fitnh buta2. Berdosa fitnh.

Loading...