Difitnah Ibu Murid ‘Hilang’, Teacher Sya Tuntut Ganti Rugi RM500,000 Dibayar Dalam Tempoh Seminggu

Trending

Difitnah Ibu Murid ‘Hilang’, Teacher Sya Tuntut Ganti Rugi RM500,000 Dibayar Dalam Tempoh Seminggu

Guru wanita yang dikenali sebagai ‘Teacher Sya’ yang tular sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan notis tuntutan terhadap seorang ibu kepada murid yang hilang di kawasan sekolah.

Ibu tersebut sebelum ini telah membuat hantaran di media sosial mendakwa dia telah ditertawakan oleh beberapa orang guru yang dikatakan ‘boo’ dirinya kerana cemas kehilangan anak.

Advertisement

2 days ago

Anak Tahun 1 Hilang Di Sekolah, Ibu Cemas Mencari Dakwa Ditengking & Kena 'Boo' Dengan Para Guru

Menerusi Facebook, ‘Teacher Sya’ mengeluarkan notis tuntutan kepada ibu berkenaan kerana telah menyebarkan fitnah sehingga menjejaskan reputasinya.

Wanita tersebut menuntut pampasan sebanyak RM500,000 sebagai ganti rugi atas kerosakan reputasi dan kecederaan emosi yang dialaminya sejak isu tersebut tular.

Notis tuntutan berkenaan turut meminta pemberhentian serta-merta segala bentuk gangguan danpenerbitan kenyataan fitnah tentang dirinya.

Katanya, fitnah itu telah mecemarkan maruahnya sebagai seorang guru dan memberi kesan kepada kehidupan peribadi dan keluarganya.

teacher sya dan cikgu fadli

Pihak yang dituntut diberikan tempoh selama tujuh hari untuk membayar ganti rugi tersebut kepada ‘Teacher Sya’ dan notis itu turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang akan diambil sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi dalam tempoh ditetapkan.

Sebenarnya benda ini sangat kecil bagi saya dan boleh diselesaikan dengan cara baik. Saya bukannya seorang yang kejam. Tetapi apabila maruah saya sebagai guru dipijak-pijak seperti tiada harga, muka saya ditularkan seperti saya tiada ibu bapa di kampung untuk melihat.

 

Tulis ‘Teacher Sya’. membuat notis tuntutan itu merupakan jalan terakhir daripadanya untuk pihak berkenaan dan berharap agar perkara ini menjadi iktibar untuk semua netizen.

Jangan mudah sangat untuk menyalah tanpa usul periksa. Terlajak perahu boleh berundur tapi terlajak kata LOD sampai. Saya doakan yang terbaik untuk awak. 2 lagi LOD akan sampai pada awak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...