Pelawak dan usahawan Ali Puteh meluahkan rasa kesal apabila dia dituduh menggunakan wang orang lain bagi memulakan perniagaan yang diusahakannya kini.
Difahamkan, Ali difitnah sedemikian rupa oleh seorang wanita di bahagian komen hantaran Instagram miliknya.
Berikutan itu, Ali menerusi Instagram Story memohon bantuan pengikut media sosialnya untuk mencari nombor telefon wanita berkenaan bagi tujuan bersemuka secara empat mata.
Ibu 3 anak rupanya, kak, saya nak jumpa please, teringin sangat, nanti jumpa saya boleh buat live tengok depan-depan.
Ali juga memberi pesanan kepada suami wanita itu untuk menyampaikan ‘pesanannya’ kepada isteri di rumah jika terlihat mesej tersebut di media sosial.
Pelawak itu memberi amaran untuk membuat laporan polis atas fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
Sekadar info, Ali kini mengusahakan perniagaan makanan berupa sambal petai yang dijualnya secara dalam talian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.