Difitnah Ditahan Kes Dadah, Sekumpulan Wanita Dakwa Dianiaya.

Trending

Difitnah Ditahan Kes Dadah, Sekumpulan Wanita Dakwa Dianiaya.

“Ini semua fitnah,” demikian kata salah seorang wanita yang menjadi mangsa viral sebuah laman Facebook yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar sekumpulan wanita yang didakwa sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan yang ditahan Jumaat lalu kerana positif dadah.

Advertisement

Anys Estella, terkejut dan kesal dengan tindakan pengendali sebuah laman Facebook yang telah memfitnah mereka dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan gambar tersebut.

“Kami berlima bukan pramugari. Berhenti sebarkan perkara yang tidak sahih ini dan ini semua adalah fitnah. Nama kami berlima juga tiada dalam senarai (fakta kes) itu pun,” katanya.

Seorang lagi rakannya, Arina Diyana juga menafikan dirinya terlibat dalam kes tersebut.

“Dah puas aniaya orang? Fitnah saya kena tahan kes dadah. Tak tahu apa-apa, tak payah memandai buat cerita dan letak gambar saya. Cuba kalau (fitnah) ini berlaku pada ahli keluarga awak (admin page), apa awak rasa?

“Nama saya pun tiada tersenarai. Kenapa ada gambar saya?” soalnya.

Gambar sekumpulan wanita itu dimuat naik ke laman Facebook tersebut, 11 jam yang lalu. Meskipun dua mangsa fitnah telah meminta pengendali laman itu membuang gambar mereka, namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

Ekoran dari fitnah tersebut, kelima-lima wanita itu dikecam hebat di media sosial.

Justeru netizen menasihatkan kesemua mangsa yang terlibat membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Kredit | Sumber : Anys Estella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...