Semalam tular di media sosial mengenai video penyanyi Mila Jirin yang sedang menangis teresak-esak kerana sedih mengenangkan pemerintahan Muhyiddin telah pun berakhir, hari ini.
Berikutan itu, ada pula segelintir netizen yang mendakwa Mila Jirin kononnya ‘dibayar’ untuk memuat naik kandungan sedemikian rupa di Instagram demi meraih simpati dan sokongan kepada ‘abah’ Muhyiddin.
Malah,ada juga yang mempersoalkan mengenai subsidi serta bantuan yang diterima Mila sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui program Geran Khas Prihatin untuk majikan.
View this post on Instagram
Jelas Mila, bantuan yang diterimanya itu sebagai subsidi upah untuk majikan membayar gaji buat pekerja mereka yang layak.
Berharap penerangannya itu dapat membuka mata individu yang menuduhnya ‘dibayar’ oleh pihak-pihak tertentu, Mila menjelaskan mengenai perkara tersebut dalam sebuah hantaran Instagramnya untuk pengetahuan netizen.
View this post on Instagram
Namun, ada juga dalam kalangan netizen tampil membidas dengan mengatakan duit subsidi itu merupakan hasil pungutan cukai daripada pembayar cukai selama ini.
“Masalahnya duit itu duit pembayar cukai. Bukan duit ‘abah’ pun. Nak berterima kasih, terima kasih dekat pembayar cukailah. Siapa pembayar cukai? Kita ni rakyat Malaysia.” tulis seorang pengguna media sosial di hantaran Mila itu.
Macam-macam hal la kan!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.