Difitnah Buat Hantaran ‘Takziah’ Sempena Hari Pertabalan Agong, RTM Buat Laporan Polis, SKMM

Berita

Difitnah Buat Hantaran ‘Takziah’ Sempena Hari Pertabalan Agong, RTM Buat Laporan Polis, SKMM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam memaklumkan bahawa pihak mereka telah membuat laporan polis kerana menjadi mangsa fitnah di laman Facebook.

Difahamkan, ia berpunca daripada dakwaan RTM membuat hantaran ‘takziah’ di Facebook sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.

Advertisement

RTM alih bahasa takziah pertabalan Agong

Hantaran asal dalam bahasa Melayu itu dilaporkan telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris secara automatikoleh Facebook.

RTM Tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris. Apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM ialah terjemahan secara automatik oleh sistem Facebook.

Jika pengguna mengaktifkan terjemahan secara automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul. Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook adalah salah.

RTM tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

RTM pada awalnya menggunakan ayat ‘junjung kasih’ namun dialih bahasa kepada ‘condolences’ oleh Facebook.

Syarikat penyiaran itu kemudian membuat laporan polis dan pihak SKMM juga telah menghubungi META Facebook bagi membetulkan terjemahan yang tersilap itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Remaja perempuan hilang ditemui
4 months ago

Remaja Perempuan Hilang Dah Ditemui, Rupanya Merajuk Tak Dibenarkan Tukar Kursus Tempat Pengajian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...