Difitnah Berkawan Dengan G*yboy, Khai Bahar Luah Rasa Kesal – “Kaitkan Dengan Arwah Mak Aku, Aku Sedih!”

Hiburan

Difitnah Berkawan Dengan G*yboy, Khai Bahar Luah Rasa Kesal – “Kaitkan Dengan Arwah Mak Aku, Aku Sedih!”

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok apabila seorang individu tampil membuat teguran secara terbuka buat penyanyi Khai Bahar.

Dalam hantaran itu, individu berkenaan telah menasihatkan Khai untuk tidak berkawan dengan golongan kaum sejenis dan mendakwa tahu apa yang dilakukan penyanyi itu ketika bercuti di Pulau Langkawi pada malam tahun baru 2024.

Advertisement

khai bahar

Teguran untuk Khai Bahar, arwah mak nak yang terbaik untuk Khai. Cukuplah bergaul dengan geng g**b**. Saya tahu Khai pergi pulau celebrate new year dengan sape.

Jelas Khai, dia ke Langkawi bagi tujuan bercuti bersama teman lama dan turut menyambut hari kelahirannya juga.

Katanya lagi, sebelum ini dia tidak mengambil kisah mengenai kata-kata negatif namun kehilangan ibunya baru-baru ini seolah-olah menambah luka di hati.

khai bahar

Aku sekarang tengah sakit, syurga aku dah tak ada. Tapi bila nak kaitkan pasal arwah mak aku, aku sedih. Aku kenal diri aku sapa, kau tak kenal aku, tak kenal kawan-kawan aku, jaga aib masing-masing.

Penyanyi lagi Luluh ini turut berharap agar netizen berhenti memfitnah dan sebaliknya menjaga aib sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

khai
12 months ago

"Mak Rehat Ya.." - Khai Bahar Sedang Bercuti Di Langkawi Semasa Ibu Meninggal, Naik Bot Untuk Pulang Ke Kampung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...