Difitnah Beri Nasihat ‘Makan Dalam’ Kepada Fattah Amin Selepas Bercerai, Rosyam Nor Bakal Heret Individu Ke Mahkamah

Hiburan

Difitnah Beri Nasihat ‘Makan Dalam’ Kepada Fattah Amin Selepas Bercerai, Rosyam Nor Bakal Heret Individu Ke Mahkamah

Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa berang menerusi hantaran di Instagram apabila ada individu menyebarkan kenyataan palsu membabitkan dirinya.

Menerusi hantaran itu, Rosyam telah berkongsi video yang ditularkan di TikTok tentang berita kononnya dia memberi nasihat ‘pedas’ terhadap Fattah Amin berhubung perceraiannya dengan Fazura.

Advertisement

rosyam nor

Berdasarkan tangkap layar tersebut, nasihat itu berbunyi,

Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah. Aku dah tegur dulu.. Poket kena tebal. Sekarang dia taknak kau, sebab apa?

Berang dengan fitnah itu, pelakon berusia 57 tahun tersebut berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

“Korang tunggu aku seret korang pergi mahkamah. Buat fitnah, aibkan orang”, tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Menerusi ruangan komen, ramai warganet bersetuju Rosyam mengambil tindakan undang-undang agar menjadi pengajaran kepada semua orang untuk tidak sesuka hati menyebarkan perkara yang tidak sahih.

rosyam nor
2 months ago

“Saya Terpaksa Jaga Pemakanan Dengan Ketat..” - Rosyam Nor Kongsi Tips Jaga Kesihatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...