Tidak dapat menahan sebak, pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa syukur apabila Mahkamah memihak kepadanya dalam kes saman fitnah terhadap bekas pekerjanya, Nazatul Nazira, yang difailkan tahun lalu sebagai tuntutan ganti rugi.
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menyifatkan keputusan itu sebagai satu bentuk pembelaan terhadap maruah dan nama baiknya yang tercemar akibat dakwaan tidak berasas.
Ya Allah menang, alhamdulillah, terima kasih semua yang sentiasa mendoakan saya. Saya berasa sangat lega dan bersyukur dengan kemenangan ini kerana membabitkan maruah saya, ‘bisnes partner’ (rakan kongsi) dan bisnes saya sekarang.
Saya menang kes saman fitnah, ya Allah syukur pada-Mu. Berkat hari Jumaat (kelmarin), saya dah sujud syukur.
Dalam siaran itu, pelakon Hijrah Jannah dilihat memeluk anak sulungnya, Syaikhul Islam, menyentuh hati ramai netizen.
Sehari sebelumnya, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Nazatul membayar RM150,000 kepada Puteri Sarah selepas terbukti kenyataan fitnah di media sosial mencemarkan reputasinya sebagai selebriti, usahawan dan ibu tunggal.
Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan ahli keluarga serta orang terdekat yang sentiasa di sisi dan tidak pernah lupa berdoa untuk saya, sepanjang kes ini.
Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Nazatul membayar kos perbicaraan sebanyak RM30,000 dan faedah lima peratus setahun ke atas jumlah penghakiman sehingga selesai sepenuhnya.
Melalui tuntutan tersebut, antara lima kenyataan fitnah yang dikongsikan Nazatul di Instagram termasuklah tuduhan bahawa Puteri Sarah mengambil dadah, bersikap sombong, menyara seorang lelaki bernama Andy yang didakwa sebagai rakan kongsi, serta menjadi majikan yang suka menindas pekerja.
Ekoran dakwaan itu, Puteri Sarah memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM1 juta terhadap Nazatul Nazira.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.