Diejek ‘Suara Itik’ Ketika Kecil, Dayang Nurfaizah Kongsi Pengalaman, Rasa Sedih Sehingga Jadi Pendiam

Hiburan

Diejek ‘Suara Itik’ Ketika Kecil, Dayang Nurfaizah Kongsi Pengalaman, Rasa Sedih Sehingga Jadi Pendiam

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah ada berkongsi cerita mengenai zaman kecilnya yang pernah diejek mempunyai ‘suara itik’ ketika menyanyi oleh orang sekeliling.

Dayang Sumber : Instagram Suria FM  

Kata Dayang, perkara tersebut telah membuatkan dirinya berasa begitu sedih sehinggakan rasa tidak mahu bercakap dengan orang tamai.

Advertisement

Mengakui sedih atas apa yang berlaku, penyanyi lagu Di Pintu Syurga ini turut menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pendiam sebelum bergelar penyanyi terkenal pada ketika ini.

“Jadi orang tua-tua dulu suka cakap kat Dayang ni macam suara itik bercakap. Bila kenang balik Dayang rasa sedih sangat sampai rasa tak nak bercakap jadi kita punya keyakinan dalam diri tu tak ada.”

Dilahirkan dengan mempunyai suara serak-serak dari kecil lagi, Dayang mengakui bahawa dirinya sangat suka menyanyi namun tidak mengetahu sama ada dirinya berbakat atau tidak.

Pertama kali menyertai pertandingan nyanyian ketika berusia 12 tahun, Dayang berkata perkara tersebut pada awalnya bukanlah di atas kerelannya namun dia berasa seronok apabila berada di atas pentas.

“Walaupun Dayang pemalu, tapi bila naik atas pentas tu Dayang rasa seronok. Pertama kali Dayang masuk pertandingan masa umur 12 tahun walaupun kena paksa pada mulanya sebab Allahyarhamah Mak Kiah, jirang Dayang yang masukkan nama Dayang dalam pertandingan itu.”

Ujarnya lagi, lagu patriotik Bahtera Merdeka dan Lagu Untukmu nyanyian Hasnol merupakan lagu pertama yang didendangkannya dalam pertandingan tersebut.

Perkara tersebut telah dikongsikan Dayang ketika dia diundang menjadi tetamu jemputan di Suria Petang bagi rangka promosi album terbarunya yang berjudul Belagu pada Selasa lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...