Imej seseorang individu itu tidak wajar dikritik meskipun dia kelihatan pelik di mata orang ramai. Dalam diam, mungkin orang seperti ini memiliki personaliti yang baik sehingga mengejutkan orang ramai.
Kadang-kadang orang yang kelihatan pelik itu yang memberi manfaat dan kebaikan orang lain macam yang berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.
Menerusi perkongsian mereka di laman Facebook, kelihatan seorang uncle datang ke lokasi tersebut untuk mendapatkan suntikan vaksin. Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah dia mengenakan plastik sebagai serkup yang diletakkan di atas kepalanya.
“Pakcik ini datang ke PPV USM hari ini untuk dapatkan vaksin. Dia datang menaiki teksi dan penampilannya yang mengenakan serkup plastik menarik perhatian dan menjadi bahan ejekan orang ramai”
Meskipun mendengar ketawa berbaur ejekan, warga emas tersebut tidak mengendahkannya dan terus mengikuti prosedur untuk mendapatkan vaksin. Sesudah proses vaksinasi selesai, dia bergerak ke meja sekretariat dan apa yang dilakukan sangat menyentuh hati.
“Petugas barisan hadapan sudah bekerja keras. Tolong belikan mereka makanan tengah hari”
Dia berpesan sambil menghulurkan sejumlah duit kepada salah satu petugas di PPV berkenaan sebelum pulang menaiki teksi yang sama dia datang ke PPV. Tindakan warga emas berkenaan benar-benar mengejutkan dan menyentuh hati orang ramai.
“Pakcik yang dikasihi, semoga Tuhan memberkati. Marilah kita sama-sama memberi rasa sedikit kasih sayang”
Gambar momen-momen warga emas ini datang ke PPV USM itu diambil oleh jurugambar kakitangan. Bercakap mengenai serkup plastik itu, petugas yang berada di lokasi sudah menasihatinya untuk membuang plastik itu dan menukarnya kepada face shield namun uncle ini mempunyai keyakinan yang tinggi dengan apa yang dilakukannya.
Menjengah ke ruangan komen hantaran Facebook tersebut, rata-rata warganet turut tersentuh apa yang dilakukan oleh warga emas berkenaan dan berdoa agar dia sentiasa diberi kesihatan.