Diego Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Trending

Diego Maradona Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Bekas bintang bola sepak tersohor dunia, Diego Maradona disahkan meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Menurut laporan media, beliau maut akibat serangan jantung di rumah.

Advertisement

Bekas pemain tengah dan pasukan Argentina itu sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.

Maradona meninggal dunia

Biarpun maklumat lanjut belum diperoleh, namun kematiannya sememangnya memberi kesan kepada seluruh peminat bola sepak.

Untuk rekod, dengan persembahan permainan yang luar biasa, beliau  diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah dan menjadi kapten ketika Argentina memenangi Piala Dunia 1986.

Bahkan, beliau juga turut menyumbang jasa bermain untuk Barcelona dan Napoli ketika zaman kegemilangannya selain memenangi dua gelaran Serie A dengan pasukan Itali.

Sumber: Astro Awani, BBC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...