Written by Bella | June 19th, 2015

Masih belum mengenakan tudung, pelakon dan pengacara Didie Alias mengakui pernah menerima komen negatif serta kritikan daripada peminat di laman sosial. Walaubagaimanapun, Didie tidak akan berhijab hanya kerana ingin menutup mulut serta memuaskan hati orang lain. Untuk melakukan sesuatu perubahan ia harus dibat dengan ikhlas dari hati beliau sendiri.

Memang ramai bercakap mengenai perkara ini selain turut menerima kritikan dan komen negatif daripada peminat tetapi saya tidak boleh hendak menutup mulut orang lain.

Bagi saya berhijab atau tidak bergantung kepada niat dan keihklasan kita dalam melakukan sesuatu perkara kerana kalau tidak ikhlas dan sekadar memenuhi kehendak orang lain, memang tidak boleh.

Didie sedar kritikan itu seakan mempertikaikan beliau dimana anak-anak perempuan beliau sudah bertudung tetapi beliau sebaliknya. Jelasnya, sebagai seorang ibu beliau sentiasa menekankan didikan sempurna terhadap anak-anaknya.

Memang saya tahu ramai orang cakap anak-anak sudah berhijab tetapi ibu mereka belum. Benda itu semuanya atas didikan dan tanggungjawab kita. Sebenarnya anak-anak sentiasa mendoakan saya biarpun mereka tidak tegur secara berdepan tetapi saya tahu mereka sentiasa memohon pada Allah untuk saya berhijab.

Pada masa yang sama Didie  juga meminta agar peminat mendoakan beliau diberi hidayah untuk memakai tudung dan tidak melemparkan kata-kata negatif terhadap beliau.

Kalau hendak seseorang itu berubah janganlah hina mereka, doakan sahaja yang baik-baik agar mereka dibuka hati untuk mempunyai niat ke arah yang lebih baik. Jika hendak tegur pun tak perlulah nak menyindir ye dak?

Sumber Berita: mStar Online

 

 

 

Comments are closed.