Pelakon dan pelawak, Didie Alias baru-baru ini mengakui yang dia sangat peka soal penampilan dirinya supaya sentiasa nampak menarik setiap kali dia menghadiri pelbagai majlis.
Sebagai selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai orang, Didie memaklumkan yang dia amat menitikberatkan soal penampilan memandangkan apa yang ditampilkan olehnya menjadi perhatian umum.
Daripada awal penglibatan dalam industri seni, kalau keluar pun memang kena jaga kita punya keterampilan tetapi harus bersesuaian dengan situasi keadaan atau tempat.
Ujar Didie lagi, seseorang itu perlu berhati-hati dengan apa yang dipakai sekarang kerana orang biasa atau individu bukan selebriti juga turut menjaga keterampilan sehinggakan kadang-kadang pemakaian mereka menjadi ikutan.
Didie atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali turut mengakui yang dia sebenarnya gemar bergaya ringkas dan apa yang dikenakannya bergantung pada majlis yang akan dihadiri.
Tambah pelakon drama bersiri Cukup Derita Itu, dia kini sudah hendak memasuki umur 50-an dan hanya obses dengan penampilan pada masa-masa tertentu sahaja seperti apabila menghadiri majlis yang mempunyai tema atau konsep yang perlu diikut.
Menurut Didie, dia sebenarnya seorang yang sangat ringkas pada hari-hari biasa seperti kadangkala cuma memakai t-shirt dengan legging sahaja dan tidak lah sehingga pergi pasar pun memakai gaun.
Perkara tersebut telah Didie dedahkan ketika menjadi tetamu jemputan di Wanita Hari Ini baru-baru ini untuk berkongsi pendapatnya mengenai topik ‘Obses Penampilan’.