June 21st, 2016

Pelakon yang sudah berpuluh tahun berada didalam industri iaitu Didie Alias akui agak bengang dengan segelintir pelakon baharu yang kurang adab dan bersikap sombong.

Didie berkata demikian setelah mengalami beberapa pengalaman dengan pelakon baharu yang kurang bergaul di set penggambaran dan tidak bermesra dengan pelakon lebih senior seperti beliau.

Bukan sekali dua saya melalui perkara berkenaan sebaliknya banyak kali. Mereka (pelakon baharu) hanya duduk di set tanpa bertegur sapa. Ada yang hanya memegang telefon bimbit sahaja semata-mata mahu mengelak untuk berbual dengan pelakon lain.

Kalau dahulu, saya sebagai orang baharu akan cuba menegur dan beramah mesra dengan orang lama. Bukan kita mahu bekerja sekali itu sahaja, tentu perlu mengenali terlebih dahulu. Bukan buat ‘bodoh’ sahaja kemudian terus masuk dalam set seperti orang hebat sangat.

Bagi Didie, setiap pelakon harus mencari keserasian  untuk bekerjasama dan paling penting mewujudkan ikatan silaturahim yang kuat kerana mungkin pada masa hadapan mereka akan bergandingan dalam produksi yang lain pula.

Tambah Didie, sekarang tidak perlu bekerja keras untuk mencapai sesuatu impian. Dengan menggunakan platform media sosial sesiapa sahaja boleh bergelar artis.

Kita nak bekerjasama bukan sekali seumur hidup. Kena buang sifat tak baik dan bercampur dengan orang lain yang ada di situ. Rasanya kalau mereka buang ego, suasana janggal tak akan wujud. “Ada segelintir pelakon memberikan alasan mereka takut untuk menegur. Pada saya itu sekadar alasan sahaja. Pokok pangkal berbalik kepada diri sendiri.

Sekarang popular di media sosial pun boleh jadi artis. Apabila terlalu mudah nak bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara, inilah jadinya. Inilah realiti yang berlaku hari ini.

Ada betulnya apa yang Didie Alias katakan, apa salahnya untuk pelakon-pelakon baharu bertegur sapa dan menghormati mereka yang lebih senior. Alaa, bukannya mereka hendak jadi harimau ke apa, kalau tegur elok-elok pasti dibalas dengan baik bukan?

Sumber Berita  : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...