Terbaru, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump tampil menepis dakwaan yang tular di platform media sosial mengenai ‘penyakit’ yang dihadapi serta berita kematiannya.
Trump sudah ‘tiada’ berita tidak sahih
Melalui sidang media di Rumah Putih, Trump mendakwa segala maklumat yang disebarkan tidak sahih dan telah dikongsikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, spekulasi mengenai pemimpin berusia 79 tahun itu muncul selepas dikhabarkan tidak membuat kemunculan di khalayak umum ataupun bertemu dengan petugas media selama beberapa hari pada minggu lalu.
Cuma berehat dua hari
Susulan itu, ramai yang mendakwa Presiden AS itu telah pun meninggal dunia dan Rumah Putih cuba menyembunyikan tentang berita kematiannya.
Bagaimanapun, Trump perjelaskan bahawa dirinya hanya ‘bercuti’ selama dua hari.
Official confirmed of trump is passed away at the age of 79 trump is dead
White house confirmation 👍 pic.twitter.com/0zT6QVCevn— Cosmic Dust (@Goldenkumarpa12) August 30, 2025
Sekadar info, pada Julai lalu, Trump telah didiagnoskan menghadapi penyakit urat yang tidak berbahaya setelah timbul spekulasi mengenai tangannya yang lebam teruk dan kaki membengkak.