Hari ini nama pelakon Ruhainies menjadi bualan hangat ramai di media sosial selepas dia disahkan selebriti wanita yang ditangkap khalwat dengan aktor Aliff Aziz.
Meskipun sehingga kini masih tiada kenyataan dikeluarkan oleh kedua-dua pihak namun namun Ruhainies sudah teruk dikritik apatah lagi dia dan isteri Aliff, Bella Astillah mempunyai hubungan yang baik.
Ruhainies rapat dengan Bella
Bukan hanya Bella malah menurut adiknya, Didi Astillah seluruh keluarganya memang mengenali rapat Ruhainies namun tidak tahu sejauh mana hubungan aktres itu dengan Aliff.
Terbaru, perkongsian Didi menerusi hantaran di Instagram mengundang perhatian ramai selepas dia memuat naik video mempamerkan keakraban Ruhainies dan Bella.
Tidak meletakkan apa-apa kapsyen namun ruangan komen hantaran itu dibanjiri pelbagai respon dan kritikan ramai warganet.
View this post on Instagram
Kawan makan kawan
Selain berasa kasihan dengan Bella kerana ini bukan kali pertama Aliff melakukan hal sedemikian, ramai yang turut menghentam Ruhainies kerana mengkhianati kawan sendiri.
Kawan tapi tikam belakang.