Didenda Kerana Membaling Botol Budu kepada Pegawai Ketika Operasi MPKB

Trending

Didenda Kerana Membaling Botol Budu kepada Pegawai Ketika Operasi MPKB

Tindakan membaling botol budu ke lantai untuk menghalang tugas penguat kuasa menyebabkan seorang peniaga didenda RM1,500 oleh mahkamah majistret Kota Bharu.

Advertisement

Majistret, Nik Habri Muhammad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Sayuti Che Awang, 37, selepas peniaga Besar Siti Khadijah tersebut mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Mohd Sayuti didakwa menghalang pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu, Mohd Zulfaka Deraman, 42, di Pasar Besar Siti Khadijah, Jalan Parit pada jam 11.30 pagi, 10 September lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hamidah Mahmood, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh memohon agar mahkamah mengenakan denda yang minimum dengan alasan perlu menanggung dua orang anak yang masih bersekolah selain memberitahu punca kejadian itu.

“Saya hilang pertimbangan tuan sebab setiap kali operasi mesti kedai saya yang diserbu, barang dirampas. Saya jual budu takkan salah tuan, cari rezeki “samah seriya” (sikit-sikit).

Katanya, pada hari berkenaan juga adalah kali kelima barangan dirampas dan notis diserahkan ketika dia bercuti, bagaimanapun Nik Habri menegur perlakuan tertuduh yang sifatkan sebagai bekeng dan hanya merugikan diri sendiri.

“Mereka (MPKB) tidak berpuas hati atau mengambil tindakan itu semestinya mempunyai sebab. Berbincanglah secara elok tanpa berlaku kejadian ini. Jangan ambil tindakan sendiri, jika penguat kuasa bertindak salah, buat laporan kepada pihak atasan mereka,” katanya.

Dalam kejadian lalu, pihak MPKB meminta tertuduh memberikan kerjasama ketika membuat rampasan di kedainya kerana menjual barang-barang yang melanggar syarat lesen menjual.

Tertuduh bertindak menghalang tugas penjawat awam serta membaling botol budu ke lantai.

Semalam, denda dijelaskan pihak keluarganya sebelum dibebaskan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...