Menerima sepucuk surat atas kesalahan di jalan raya dah tentu buatkan kita rasa tak senang hati kerana perlu mencari wang lebih atau mengeluarkan simpanan untuk membayar kompaun tersebut, lagi-lagi kalau sudah tengah bulan. Perit weh.
Seringkali situasi ini agak menjadi kerisauan buat pesalah, mana tidaknya, kompaun atau denda yang dikenakan bukanlah sedikit jumlahnya, ianya mungkin sama banyak dengan duit belanja dapur, atau duit untuk membayar sewa bilik.
Namun, tak perlu rasa khuatir lagi kerana dengan adanya sistem kehakiman, anda boleh sahaja membuat rayuan di mahkamah ke atas kesalahan jalan raya yang dilakukan. Terdapat beberapa tip yang boleh diikuti, dalam membuat rayuan. Jom kita tengok apa yang perlu dilakukan, perkongsian dari seorang peguam, saudara Fadil Mohd Yusof.
Panduan membuat rayuan ke atas denda @ kompaun di Mahkamah Majistret untuk kesalahan jalanraya.
Apabila ada sekatan lalu lintas dan kita melakukan kesalahan jalan raya seperti cukai jalan tamat tempoh, tidak menggunakan tali pinggang keledar dan membuat pusingan U di kawasan yang dilarang, kita akan disaman oleh Polis Trafik ataupun pegawai JPJ.
Selepas kita menandatangani saman tersebut, kita dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret untuk dijatuhkan hukuman untuk kesalahan yang dilakukan.
Antara tip yang boleh saya berikan untuk anda membuat rayuan terhadap hukuman kesalahan adalah seperti berikut:-
1) Datang awal ke Mahkamah.
Pastikan anda hadir sekitar jam 8.00-8.30 pagi. Pergi ke kaunter pertanyaan dan bertanya kepada staf Mahkamah, di mana kes akan didengar. Sesetengah tempat, ada disediakan meja untuk anda mendaftar.
2) Tunggu kes @ nama anda dipanggil oleh jurubahasa Mahkamah.
b) Matikan atau senyapkan telefon anda.
c) Jangan pakai cermin mata hitam
d) Jangan berbual-bual dan dengar apa rayuan yang dibuat oleh Orang Kena Saman di hadapan Majistret.
4) Fahamkan pertuduhan tersebut dan pastikan segala maklumat yang dibacakan adalah betul.
a) Jenis kesalahan
b) Nombor kenderaan
c) Warna kenderaan
d) Di mana kesalahan dilakukan
e) Hukuman terhadap kesalahan tersebut
5) Sesudah pertuduhan dibaca, Majistret akan tanya adakah anda mengaku bersalah atau mengaku tidak bersalah.
a) Jelaskan mengapa anda melakukan kesalahan tersebut. Contoh: Tayar kereta anda bocor ketika anda ingin menduduki peperiksaan. Motor anda sudah tamat tempoh dan anda terpaksa menggunakan motor tersebut untuk ke pusat peperiksaan untuk masa depan anda.
b) Kesalahan tersebut adalah kesalahan pertama yang anda lakukan.
c) Anda adalah penyara tunggal keluarga
d) Anda baru sahaja memulakan kerja
e) Kedua ibu bapa anda mempunyai masalah kesihatan
f) Anda mempunyai banyak tanggungan
g) Anda mempunyai masalah kesihatan
h) Dan sebagainya.
7) Berikut adalah skrip untuk rayuan hukuman yang asas. Anda boleh ubah mengikut keadaan.
Saya, (sebutkan nama anda) adalah Orang Kena Saman dalam kes ini.
Saya mengaku salah atas kesalahan tersebut dan ingin membuat rayuan untuk pengurangan denda seperti yang berikut:-
b) Saya mempunyai ………tanggugan iaitu isteri saya dan …….orang anak yang berusia antara ……tahun hingga ….. tahun.
c) Saya juga menanggung adik saya yang masih belajar sebanyak RM……sebulan.
d) Saya juga menanggung kos perubatan ibu/ayah saya yang menghidapi sakit ……… Kos perubatan tersebut kira-kira RM…..sebulan.
Sekian, terima kasih.
8) Mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang difikirkan munasabah untuk kes anda.
9) Tunggu bil @ caj pertuduhan dengan hukuman diserahkan kepada anda oleh polis Mahkamah.
10) Bayar denda tersebut di kaunter bayaran.
11) Pastikan anda simpan resit tersebut untuk rujukan pada masa hadapan.