Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Didakwa Ubahsuai Rumah Pakai Duit Haram Oleh Azwan Ali, Ziha AF Beri Kenyataan Balas

Ziha AF nampaknya telah tampil memberi kenyataan balas apabila pengacara sensasi, Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Diva AA mendakwa dirinya menggunakan duit haram kerana sering memaparkan reka bentuk rumahnya yang dianggap sebagai mewah.

Ziha AFSumber : Instagram Ziha Salleh  

Bekas peserta Akademi Fantasia sesi 2014 ini telah dituduh Diva AA menerusi sebuah hantaran status di ruangan Twitter milik pengacara itu.

Advertisement

Menurut Diva AA, Ziha dikatakan sengaja menayang ruang dapur kediamannya yang dilihat mempunyai dekorasi dalaman yang mahal dan mewah.

Tambah pengacara itu lagi, Ziha tidak mampu untuk memiliki semua itu kerana merasakan penyanyi tersebut sudah ‘tidak laku’ di industri seni.

Walau bagaimanapun, Ziha yang enggan berdiam diri telah tampil memberi kenyataan balas melalui sebuah entri terbaru di ruangan Instagramnya.

Advertisement

“Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak, walaupun saya tak kenal awak secara rapat. Rezeki yang Allah beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Saya bersyukur seadanya. Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kami. Apa yang kami ada adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa kami. Disebabkan didikan dan dorongan mereka, kami masih dan terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang kami lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita.”

Dia yang menulis panjang lebar dalam hantaran tersebut turut meminta maaf kepada Diva AA jika dia ada membuat sebarang kesilapan atau kesalahan jika ada.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut Ziha telah tampil memberikan pendapat di mana rata-rata menganggap dakwaan Diva AA sebagai keterlaluan dan melampau.

SUMBER : Instagram Ziha Salleh
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. nashua

    February 9, 2021 at 4:05 pm

    Takpe ziha, ade hikmah nya AA tu fitnah ko. dari org tak kenal ko, jadi org dah kenal sekarang.

  2. lobenak

    February 8, 2021 at 8:19 pm

    klau bapok AA ni meninggal mati sbb covid pun ok, ke mati jatuh bilik air, aku org pertama sorak, hidup menyusah org, aku pun xkenal sape ziha ni, tp logic otak, klau dia x berjaya sbg penyanyi, blh jd kot dia ada Family biz construction ke apa, kaya tu mmg klau Glamer n jd retis je ke, ko ni buruk btol perangai azwan

  3. Zioe

    February 8, 2021 at 6:51 pm

    Kalau pakai duit haram sekalipun..apa kena mengena dgn AA tu?…sama2 kena tanggung dosa ke cmne? Kadang dah terbiasa bercakap dgn kata2 y x senonoh mmg boleh nmpk jelas otak bukan sekadar terputus urat malah terletak jugak kt lutut….

  4. say no to pemfitnah

    February 8, 2021 at 2:32 pm

    senangnya AA (diva ke?) menabur fitnah. semoga dia berjaya minta maaf kepada semua krg2 yang difitnahnya sebelum ajal.

Loading...
To Top