Didakwa Ubah Ciptaan Allah Lepas Muka Makin Tajam, Andika Putera Tampil Beri Respon – “Tak Ubah, Ini ‘Treatment’…”

Kehidupan

Didakwa Ubah Ciptaan Allah Lepas Muka Makin Tajam, Andika Putera Tampil Beri Respon – “Tak Ubah, Ini ‘Treatment’…”

Hantaran terbaru pempengaruh terkenal, Andika Putera di akaun Instagramnya mendapat perhatian netizen apabila berkongsi perjalanan rawatan wajahnya.

Menurutnya, rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) yang dilakukannya bukanlah untuk mengubah bentuk wajahnya tetapi untuk menegangkan kulit dan membentuk garis rahang atau jawline.

Advertisement

Andika Putera

Dia turut memberitahu dia sudah melakukan sesi rawatan tersebut sebanyak tiga kali dan hasilnya semakin terserlah.

Ramai tanya macam mana saya buat jawline. Sebenarnya saya buat HIFU sebab rawatan ni tanpa cucuk jarum, tanpa apa pun. Muka saya makin lama makin terbentuk. Salah satu cara saya ialah hilangkan berat badan. Yang kedua, HIFU.

Dia turut menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia mengubah bentuk wajahnya dengan mengatakan rawatan ini dilakukan untuk mengatasi masalah kulit kendur selepas kehilangan berat badan sebanyak 23 kilogram.

Macam korang tau, saya dah hilang hampir 23 kilogram. Tapi bila kulit tak tegang, rasa tak best. Tu yang saya buat HIFU. Muka saya terbentuk sebab rawatan ni, baru Old Money!

Walaupun begitu, masih ada netizen yang mempertikai kerana Andika kelihatan seperti mengubah bentuk wajahnya.

komen ig andika putera

BACA: “Konon Old Money Tapi Minta Bayar Ansuran” – Kata Berminat Nak Beli Kereta Klasik, Rupanya Andika Nak Buat Konten Saja?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram