Seorang individu dipercayai ejen insurans meraih perhatian selepas membuat hantaran tentang hibah yang dikatakan bakal diterima salah seorang anggota FRU yang maut akibat kemalangan minggu lalu.
Menerusi hantaran itu, lelaki berkenaan mendakwa telah menerima maklumat bahawa salah seorang anggota FRU yang maut telah mencarum hibah dan waris iaitu isterinya bakal mendapat sejumlah wang.
InsyaAllah isteri arwah akan menerima RM700,000. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang bakal ditanggung.
Hantaran itu mendapat kritikan ramai yang mendakwa lelaki tersebut ‘menunggang’ kes kemalangan yang meragut nyawa anggota FRU bagi tujuan ‘marketing’.
Seorang pengguna Thread akui merupakan salah seorang waris mangsa turut meminta lelaki berkenaan memadam hantaran tersebut kerana menyinggung perasaan waris.
Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat hantaran tersebut tidak perlu dijadikan isu besar kerana dia menjadikan kes tersebut sebagai testimoni untuk menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan hibah.
Ada yang berkata tidak salah bagi sesetengah pekerjaan untuk ‘menunggang’ isu-isu kematian atas tujuan menyebarkan kesedaran seperti contoh doktor yang menjadikan kes pesakit agar dapat memberi panduan kepada orang ramai bagaimana untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.