Penyanyi Shiha Zikir menjelaskan bahawa elemen komedi yang dimasukkan dalam video muzik (MV) lagu raya terbarunya, Tum Tum Raya, bertujuan semata-mata untuk menghiburkan pendengar.
Namun, beliau memohon maaf sekiranya aksi tariannya yang rancak dalam MV tersebut menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penonton.
Lagu-lagu raya sebelum ini saya terapkan unsur biasa tetapi tahun ini saya selitkan elemen komedi. Tidak melebih-lebih sampai melampau, cuma tarian sahaja yang ligat bagi menampakkan perbezaan tenaga saya dan kakak.
Tiada niat apa pun, cuma yang kenal akan tahu perangai saya. Orang tidak mengenali sisi peribadi saya yang mempersoalkan tujuan saya berbuat demikian.
Saya tidak pandang negatif komen tersebut dan berlapang dada. Minta maaf kalau ada yang tidak selesa, niat saya cuma mahu hiburkan orang dengan bawa perwatakan sendiri.
Sementara itu, kakak dan rakan duetnya, Ieda Zikir, menegaskan bahawa konsep video muzik mereka tidak bercanggah dengan budaya tradisional, sebaliknya membawa pendekatan moden untuk hiburan semata-mata.
Dalam video muzik pun tiada langsung kami selit ketupat atau lampu raya. Betul-betul membawa ke arah moden yang lain dari lain sebab buat seronok-seronok.
Apa-apa pergerakan pun Shiha akan tanya saya sebab dia risau juga takut melampau. Sebagai kakak, selagi perkara tersebut tidak melampaui batas sampai calarkan budaya tidak mengapa. Sebagai manusia, biasalah kita nak berseronok. Budak-budak pun boleh ikut.
Lagu Tum Tum Raya, ciptaan Ajay Amai dan Napie Hassan, dilancarkan pada 5 Mac lalu bersama video muzik yang menampilkan teknik suntingan fast cut dan slow motion.
Bagaimanapun, tarian rancak Shiha dalam MV tersebut mengundang kritikan daripada segelintir pihak yang menganggapnya kurang sesuai dengan nilai sopan santun yang sepatutnya ada dalam karya bertemakan Syawal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.