Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Didakwa Tidak Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Pernikahan Neelofa Dan PU Riz

polis siasat majlis nikah neelofa

Meskipun sudah hampir 24 jam majlis perkahwinan ‘Wedding Of The Year’ berlangsung, namun masih ramai lagi yang tidak berhenti berbual mengenai kecantikan persandingan pasangan Neelofa dan PU Riz.

Advertisement

Dalam pada netizen memuji kecantikan perhiasan dan dekorasi majlis tersebut, terdapat segelintir yang mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) yang diterapkan ketika ianya berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Bahkan hal tersebut turut mendapat perhatian pihak polis dan khabarnya mereka sudah pun membuka kertas siasatan dan bakal memanggil penganjur majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz untuk disoal siasat lebih lanjut.

Advertisement

Kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kertas siasatan sudah pun dibuka di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

neelofa dan pu riz bernikah

Menurutnya, siasatan mendapati majlis tersebut dilihat gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerana tiada penjarakan fizikal di antara kebanyakan tetamu.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan.”

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Siti Covid

    March 29, 2021 at 10:21 am

    yg aku pelik adik beradik dia dari sabah pon boleh turun…..semata2 nak attend wedding dia. kawan aku dr shah alam nak balik ke mentakab nk tgk mak sehari sebelum operate batu karang pon polis suh patah balik. bukan nya apa kerajaan mesti adil dan tegas jgn ada double standard. dr gambar2 kawin dia semua dok rapat… si pengantin lelaki pon tak pakai mask semata2 nak lopa gosok jambang dia bila posing…

  2. frontliner KKM

    March 28, 2021 at 1:45 pm

    betul la tu. penat kitorg kje berpanas2an sebagai frontliner. hopefully pihak berkuasa siasat juga fashion show yg ownernya terang2 x follow sop. tolong la jangan pilih bulu. saya suka je neelofa bernikah, fashion show anjuran muslim. tapi bab2 virus, setahun lebih kami dah bertungkus lumus untuk mengurangkan covid, tapi diorang ni langgar sop macam tu je. sedih

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top