Meskipun sudah hampir 24 jam majlis perkahwinan ‘Wedding Of The Year’ berlangsung, namun masih ramai lagi yang tidak berhenti berbual mengenai kecantikan persandingan pasangan Neelofa dan PU Riz.
Dalam pada netizen memuji kecantikan perhiasan dan dekorasi majlis tersebut, terdapat segelintir yang mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) yang diterapkan ketika ianya berlangsung.
View this post on Instagram
Bahkan hal tersebut turut mendapat perhatian pihak polis dan khabarnya mereka sudah pun membuka kertas siasatan dan bakal memanggil penganjur majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz untuk disoal siasat lebih lanjut.
Kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kertas siasatan sudah pun dibuka di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Menurutnya, siasatan mendapati majlis tersebut dilihat gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerana tiada penjarakan fizikal di antara kebanyakan tetamu.
“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan.”