Dikecam lagi, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian netizen apabila dia didakwa telah menjemput beberapa pendakwah bebas dari negeri lain sempena majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa, baru-baru ini.
Perkara tersebut menjadi pertikaian selepas beberapa keping foto memaparkan seorang menteri dan pendakwah bebas terkenal hadir ke majlis berkenaan yang diadakan di kediamannya pada Khamis lalu.
View this post on Instagram
Dilaporkan juga acara akikah serta sambutan maulud nabi turut diadakan pada hari yang sama dalam majlis yang serupa.

Susulan daripada penularan foto tersebut di media sosial, netizen tampil mempersoalkan bagaimanakah menteri dan pendakwah bebas yang hadir itu dapat merentas negeri untuk hadir ke majlis berkenaan.
“Itu majlis tahnik sahaja, mengapa dia (pendakwah) dibenarkan merentas negeri?” soal seorang netizen.
View this post on Instagram
Malah rata-rata netizen meluahkan rasa terkilan kerana merasakan Siti Nurhaliza tidak sensitif dengan keluhan rakyat Malaysia yang kebanyakannya sudah lama tidak pulang ke kampung gara-gara PKP yang dilaksanakan kerajaan.
Terdahulu, Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.
Anonymous
May 3, 2021 at 12:40 pm
dalam gambar tu, semua pakai face shield je, tak payah pakai face mask, semua dah kebal covid ke? SOP dah ke laut pulak
anonymous
May 3, 2021 at 9:45 am
diva suam ketagih attention
anonymous
May 3, 2021 at 9:43 am
SIALLLLL laa double standrd
tecit
May 3, 2021 at 9:36 am
betol tu. tang pak2 menteri retis kaya raya boleh plak. xpaham aku. kalau gitu tokti aku mohon ko mohonkanlah aku ni nak balik tengok parents aku dah bebulan2 gune name ko. sng lulus agaknye.
Hamba Allah
May 3, 2021 at 11:48 am
Think positive… Mungkin mereka mmg dh ada kt KL sebelum ni or dtg KL atas urusan krja yg lain. Jdi, bla Ct tahu dia jemputlh skali. Alang2 dh da kt sna kn.
Kai
May 3, 2021 at 9:10 am
Kita ni sapolah nak argue dgn org kaya Dan ternama?