Didakwa Tidak Patuh SOP, Majlis Tahnik Anak Kedua Siti Nurhaliza Dikecam

Hiburan

Didakwa Tidak Patuh SOP, Majlis Tahnik Anak Kedua Siti Nurhaliza Dikecam

Dikecam lagi, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian netizen apabila dia didakwa telah menjemput beberapa pendakwah bebas dari negeri lain sempena majlis tahnik anak lelakinya, Muhammad Afwa, baru-baru ini.

Perkara tersebut menjadi pertikaian selepas beberapa keping foto memaparkan seorang menteri dan pendakwah bebas terkenal hadir ke majlis berkenaan yang diadakan di kediamannya pada Khamis lalu.

Advertisement

Dilaporkan juga acara akikah serta sambutan maulud nabi turut diadakan pada hari yang sama dalam majlis yang serupa.

Siti NurhalizaSumber : Facebook  

Susulan daripada penularan foto tersebut di media sosial, netizen tampil mempersoalkan bagaimanakah menteri dan pendakwah bebas yang hadir itu dapat merentas negeri untuk hadir ke majlis berkenaan.

“Itu majlis tahnik sahaja, mengapa dia (pendakwah) dibenarkan merentas negeri?” soal seorang netizen.

Malah rata-rata netizen meluahkan rasa terkilan kerana merasakan Siti Nurhaliza tidak sensitif dengan keluhan rakyat Malaysia yang kebanyakannya sudah lama tidak pulang ke kampung gara-gara PKP yang dilaksanakan kerajaan.

Terdahulu, Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...