Didakwa Tidak Memakai Pelitup Muka, Tengku Puteri Jihan Beri Jawapan

Trending

Didakwa Tidak Memakai Pelitup Muka, Tengku Puteri Jihan Beri Jawapan

Tengku Puteri Jihan Azizan ‘Athiyatullah yang merupakan puteri bongsu kepada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyangkal dakwaan seorang pengguna Twitter yang mendakwa kesemua anakanda baginda tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berada di tempat awam.

Menerusi satu muat naik di Twitter, pengguna yang dikenali sebagai @hahamimizah itu menyatakan kejadian itu berlaku di Pusat Sains Negara (PSN).

Advertisement

Namun, Tengku Puteri Jihan dengan tenang menjawab dan menyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Sementara itu, seorang pengguna lain iaitu @nrlshd_ yang turut sama berada di tempat kejadian memuat naik foto bersama Tengku Puteri Jihan dan dua adik beradiknya yang lain iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah yang memakai topeng pelitup muka.

Penjelasan daripada puteri bongsu YDP Agong tersebut walaupun pendek dan ringkas namun tetap mendapat pujian daripada netizen kerana masih menjawab dengan sopan dan menggunakan perkataan minta maaf.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...