May 15th, 2020

Hanya sekadar mahu berkongsi sepotong video di laman Instagram miliknya, usahawan kosmetik popular, Nur Sajat dikecam teruk oleh netizen.

nur sajat

Video yang memaparkan dirinya berpakaian menjolok mata sambil berjalan sakan di pusat membeli belah menimbulkan rasa kurang senang para pengikutnya.

Sajat yang mengenakan baju paras pusat dan berseluar ketat mencuri perhatian netizen, malah beliau juga didakwa seakan tidak menghormati bulan Ramadan.

Perkongsian itu juga dihujani komen negatif sehingga ada yang menyeru supaya Sajat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Malah ada juga pengikutnya yang seakan pelik dengan bentuk badan Sajat.

Sehingga kini, video yang mendapat ratusan ribu jumlah tontonan itu difahamkan terus dibanjiri pelbagai riaksi malah ada juga dalam kalangan pengikutnya turut melontarkan kata-kata kesat kepada Sajat.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Sajat difahamkan berpakaian wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan umrah di tanah suci.

Kontroversi berkenaan juga turut mengundang pelbagai riaksi daripada pelbagai pihak. Tindakannya itu dikatakan telah memberi imej buruk kepada agama dan negara.

Bagaimanapun Sajat tampil memohon maaf secara terbuka dan turut menyatakan  yang dirinya tidak mempunyai niat lain, malah hanya mahu mendekatkan diri dengan agama dan memberi fokus untuk beribadah sahaja.

 


8 responses to “Didakwa Tidak Hormati Bulan Ramadan, Nur Sajat Dikecam Netizen”

  1. Jackel says:

    Melayu oh melayu….. ikut retis lps tu meroyan pulak? Ckp bodoh tau nk sentap bagai. Uhhh not my level.

  2. Lina says:

    Eh u ols lyn alip dan dier ni idah knp? Pergi le baca kitab…. huhu… meroyan sama2 jd bengap. Sesuai la.

  3. Sembang Ciritan Kari says:

    Kompirm netizen pon bodooo.
    Yg korang follow dia knp? Bodoh 2×5 lps tu panas. Korg yg follow pun sakit otak mcm dia

  4. hamba Allah yang berdosa says:

    apa gunanya cantik, lawa seksi di mata manusia, sedangkan itu semua palsu semata. Ingatlah dunia ini hanya pinjaman.

  5. minah says:

    mencolok mata

Loading...