Didakwa Tidak Comel, Anak Mawar Rashid Kena ‘Bahan’ Individu Tidak Bertanggungjawab

Hiburan

Didakwa Tidak Comel, Anak Mawar Rashid Kena ‘Bahan’ Individu Tidak Bertanggungjawab

Pelakon Mawar Rashid baru-baru ini ada memuat naik foto terbaru puterinya, Raden Seri Rosabella Cinta yang kini sudah pun berusia dua bulan menerusi laman Instagram untuk perkongsian bersama peminat di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Namun, tidak semena-mena ada pula individu yang tidak bertanggungjawab tampil meninggalkan komen di hantaran berkenaan dengan mengatakan bahawa wajah Rosabella tidak comel dan menarik.

“Kenapa anak dia dua-dua tak comel padahal mommy daddy cantik dan handsome,” tulis individu berkenaan di ruangan komen foto tersebut.

Komen IG Mawar RashidSumber : Instagram Mawar Rashid  

Berikutan komen negatif dan tidak berasas itu, ramai pengikut Mawar tampil mengecam tindakan individu terbabit dan mempertahankan puteri cilik itu.

Ada yang mengatakan tiada bayi yang dilahirkan tidak comel dan wajah setiap bayi akan berubah apabila semakin meningkat dewasa kelak. Malah ada yang meminta pengikut media sosial agar sentiasa berhati-hati dalam meninggalkan pendapat kerana setiap rupa bentuk wajah adalah kejadian yang diciptakan oleh Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Advertisement

Mawar dilihat tidak tampil meninggalkan sebarang komen respon terhadap dakwaan tersebut.

Terdahulu, Mawar dan suaminya, Raf Yaakob telah menimang cahaya mata kedua yakni Rosabella pada awal bulan Januari yang lalu. Selain itu, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak lelaki dan juga dua anak tiri hasil perkahwinan Raf dengan bekas isterinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...