Seperti yang diketahui umum, berniaga di kawasan awam tanpa mendapatkan lesen yang sah merupakan satu kesalahan.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang peniaga yang dipercayai tidak mempunyai lesen perniagaan telah mengamuk apabila barang jualan dirampas oleh dua individu yang dipercayai pegawai penguat kuasa.
Kejadian tersebut telah dirakam dan disaksikan oleh orang awam yang sedang menunggu waktu berbuka puasa di Dataran Merdeka.
Buang barang jualan tanda protes
Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan penguat kuasa lalu bertindak membuang botol-botol air dan tisu jualannya di atas padang sebagai tanda protes.
Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai tersebut dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri ketika lelaki tersebut membuat kekecohan. Turut dilihat seorang wanita yang mula masuk campur dan memarahi pegawai tersebut di khalayak ramai.
Video tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen dan rata-rata menyokong tindakan pegawai tersebut dalam menjalankan tugas mereka.
Mereka juga berpendapat tindakan peniaga itu sangat tidak wajar kerana tidak adil kepada peniaga-peniaga lain yang mempunyai lesen untuk berniaga di situ.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.