Didakwa Terlibat Isu Penipuan, Pelakon Azar Azmi Dan Suami Dilapor Ditangkap Di Kajang

Viral

Didakwa Terlibat Isu Penipuan, Pelakon Azar Azmi Dan Suami Dilapor Ditangkap Di Kajang

Seorang individu yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa penipuan memaklumkan bahawa pelakon Azar Azmi dan suaminya dipercayai telah ditangkap pihak berkuasa di Kajang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu perkongsian di media sosial yang menyatakan pasangan berkenaan ditahan sekitar jam 11 pagi di kawasan Kajang.

Advertisement

Kak beyna azar azmi

“Alhamdulillah pelakon wanita dan suami dia dah berjaya tertangkap di Kajang pukul 11 pagi tadi area Kajang.. terima kasih orang ramai yg memberi info dan pihak polis yang ambil cakna berkenaan isu scam saya yg viral ni.”

Individu tersebut turut meluahkan harapan agar pihak berkuasa tidak melepaskan pasangan berkenaan memandangkan masih ramai mangsa yang dipercayai belum tampil membuat laporan.

“Sy sgt berharap pihak berkuasa tak lepaskan diaorang sebab terlampau juga mangsa2 diaorang yg belum buat report.. itu pun kes diaorang dh banyak report.”

Dalam pada itu, dia turut berharap tindakan terhadap pasangan tersebut dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai selain dianggap sebagai balasan terhadap perbuatan yang dilakukan.

Nama Azar Azmi Kena ‘Petik’, Didakwa Dalang Penipuan Melibatkan Wang Ringgit Milik Usahawan

“Agar jd pengajaran pd org lain.. dan kifarah pd org yg buat jahat aniaya pd org.. dan ingt Allah tak pernah tidur.”

Terdahulu, isu membabitkan pelakon tersebut menjadi perhatian selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan melibatkan urusan perniagaan dan pelaburan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung penahanan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-03 15:24:06

Nama Azar Azmi Kena 'Petik', Didakwa Dalang Penipuan Melibatkan Wang Ringgit Milik Usahawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...