Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa, Razman Razmi Beri Respon – “Henti Buli Kami, Nak Kami Bun*h Diri Ke?”

Hiburan

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa, Razman Razmi Beri Respon – “Henti Buli Kami, Nak Kami Bun*h Diri Ke?”

Duo pereka fesyen, Razman Razmi meluahkan rasa terkilan selepas nama mereka dikaitkan dengan kontroversi pereka fesyen yang didakwa gemar menayang kemewahan tetapi enggan membayar hutang.

Menerusi Instagram Story, Razman dan Razmi menafikan mereka adalah individu yang dimaksudkan oleh pelakon Datin Intan Najuwa.

Advertisement

Razman Razmi

Menurut mereka, ramai pihak memuat naik hantaran berunsur fitnah yang mengaitkan nama mereka dengan dakwaan tersebut.

Sampai ke TikTok netizen muat naik gambar dan aibkan kami. Tolonglah hormat orang, jaga tepi kain sendiri.

Pereka fesyen lain punya hal, kami pula yang kena. Ini bukan cerita tentang kami dan kalau ikutkan hati, kami nak saja bagitahu siapakah pereka fesyen yang dimaksudkan.

Razman dan Razmi turut menegaskan bahawa mereka tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melampaui batas.

Henti sebar gambar dan aib kami. Sampai masa, tunggu surat mahkamah.

Kesihatan mental kami sangat penting. Anda tak tahu betapa sukarnya kami nak lalui sepanjang tahun ini.

Cukuplah hina dan tularkan kami. Anda nak kami bunuh diri sampai mati ke? Stop bullying us.

Terdahulu, pelakon Intan Najuwa membuat pendedahan mengenai isu hutang melibatkan seorang pereka fesyen terkenal yang didakwa gagal melunaskan bayaran pinjaman seperti yang telah dipersetujui dalam kontrak.

Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, isu itu sudah berlarutan selama beberapa tahun sehingga menjejaskan hubungan baik antara mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

intan najuwa
2025-09-25 15:46:59

"Sangat Melampau, Hormat Saya Dah Hilang" - Intan Najuwa Hilang Sabar! Pereka Fesyen Terkenal 'Larikan Diri' Dari Bayar Pinjaman Cecah Jutaan Ringgit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...