Didakwa Sudah Bercerai Dengan Fuad, Tom Perjelas Isu Tinggal Berjauhan Dengan Suami

Hiburan

Didakwa Sudah Bercerai Dengan Fuad, Tom Perjelas Isu Tinggal Berjauhan Dengan Suami

Penyanyi Tom tampil menjawab spekulasi perceraian bersama suami, Fuad Rahman pada ketika ini.

Ujar Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram,40, hubungan suami isteri antara dia dan Fuad masih berada dalam keadaan baik.

Advertisement

Fuad

Dia juga sempat menjelaskan mengenai isu tinggal berjauhan dengan Fuad gara-gara terlibat aktif dalam aktiviti ‘surfing’.

Selepas anak kami dah besar sedikit, Fuad izinkan saya untuk kembali surfing. Jadi sebab itu kami duduk berjauhan seketika. Saya tinggal di Kuantan dan Fuad di Melaka.

Sebelum ini saya fokus duduk di rumah menguruskan anak. Sekarang saya ‘me time’ sekejap. Habis musim monsun nanti saya kembalilah ke Melaka.

Ramai komen cakap bercerai, tapi sebenarnya kami okay saja. Cuma duduk berjauhan sekejap.

Jelasnya, dia kerap memuat naik hantaran berbaur kesedihan kerana sayu tinggal berjauhan.

Saya pun tak tahu bagaimana timbul cerita kononnya kami bercerai. Semuanya baik-baik sahaja.

Sekadar info, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dayang Nurfaizah
2026-02-11 13:44:37

Respon Dayang Nurfaizah Tentang Dakwaan Sudah Bernikah Dengan Hael Husaini Curi Perhatian Ramai - "Doakan Yang Terbaik.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...