Didakwa Sombong Lepas Nama Melonjak Naik, Amir Ahnaf Bersuara – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri, Itu Semua Ada Sebab…”

Hiburan

Didakwa Sombong Lepas Nama Melonjak Naik, Amir Ahnaf Bersuara – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri, Itu Semua Ada Sebab…”

Aktor Amir Ahnaf didakwa sudah mula sombong dan keras kepala apabila namanya melonjak naik sejak drama lakonannya, Projek High Council mendapat sambutan hangat.

Bagaimanapun, tuan empunya badan yang tahu tentang dakwaan itu berkata dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

Advertisement

Ujar Ahnaf, dia mula nampak seperti sombong atau berlagak disebabkan keadaan diri yang tidak sihat atau bergegas untuk pulang dari sesebuah acara dihadirinya.

Saya hanya jadi diri sendiri sahaja. Itu semua (dakwaan sombong) adalah sebab-sebab yang saya ada, saya ada kerja keesokan harinya mungkin orang tidak tahu.

amir ahnaf

Pelakon berusia 23 tahun itu juga akui terkejut apabila mendapat tahu tentang dakwaan dirinya sombong dan menjelaskan bahawa dia mahu layan semua orang sebaik mungkin.

Saya pernah dengar banyak kali tentang itu. Saya adalah manusia yang sangat easy going, nak borak topik apa boraklah. Saya kalau boleh nak layan semua orang termasuk peminat yang ada depan mata saya. Ambil gambar dengan peminat dan sebagainya. Namun kalau ada arah yang menghalang, saya tidak dapat nak layan mereka.

Dalam pada itu, Amir meminta maaf kepada semua yang terasa hati jika dia ada melakukan kesilapan sama ada sengaja atau tidak disengajakan.

amir ahnaf
6 months ago

"Yang Api-Apikan Adalah Peminat Kami" - Amir Ahnaf Nafi Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CARI

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...