Sebelum ini, penerbit A. Aida memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Amelia Henderson dan Idris Khan kerana didakwa melakukan pelanggaran kontrak drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.
Akan tetapi, kes saman antara penerbit itu dan Idris Khan telah pun diselesaikan di luar mahkamah manakala Amelia pula membuat keputusan untuk meneruskan perbicaraan.
Susulan keputusan berkenaan, A. Aida dikatakan berat sebelah kerana dengan mudah menyelesaikan isu berkenaan dengan aktor lelaki berbanding aktres wanita.
Memetik laporan sumber, A. Aida mengambil keputusan untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah kerana telah mengenali Idris sejak awal kariernya sebagai pelakon.
Saya kenal Idris dah lama. Dia mula-mula berlakon pun dengan kita dulu. Masa itu dia zero. Jadi hari tu jumpa dekat mahkamah, kita bertentangan mata, bincang. Okay lah Idris kita berbaik-baik jelah.”
Manakala, Idris pula menyatakan dia memilih untuk selesaikan masalah dengan cara baik dan menghormati pendapat serta hak kedua-dua pihak yang berhasrat untuk meneruskan kes berikut di mahkamah.
Saya hormat pendapat dan kedudukan Amelia dan A Aida untuk meneruskan kes ini ke mahkamah. Saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua tetapi jangan ambil perkara ini secara peribadi lah.”
Untuk info, pelakon Amelia Henderson sebelum ini mengeluarkan kenyataan dia tidak takut untuk meneruskan perbicaraan dan yakin dia berada di pihak yang betul.