Didakwa Sepakat Dengan Madu Untuk Tinggalkan Datuk Red, Ini Jawapan Adira Suhaimi..

Hiburan

Didakwa Sepakat Dengan Madu Untuk Tinggalkan Datuk Red, Ini Jawapan Adira Suhaimi..

Penyanyi Adira Suhaimi hari ini tampil memberi penjelasan mengenai satu dakwaan yang mengatakan dia ada berpakat dengan madu, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim untuk bercerai dengan suami, Datuk Red.

Dia yang ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pagi tadi memberi jawapan ‘no comment’ dan menyerahkan segala urusan kepada pihak mahkamah.

Advertisement

Difahamkan, penyanyi itu hadir ke mahkamah bagi mendengar laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan hasil keputusan memutuskan untuk melanjutkan kes kepada proses Hakam pada 24 April 2024 nanti.

Ditanya mengenai persiapan hari raya bersama Datuk Red memandangkan mereka masih lagi bergelar suami isteri, Adira berkata dia lebih mengutamakan perihal anak-anak berbanding dirinya.

Perkara ini rumit, sebab dia masih lagi berstatus suami saya. Namun saya tidak akan mengetepikan perasaan anak saya untuk beraya dengan bapa mereka.

Walaupun nanti masih berpuasa dan beraya bersama, tetapi saya tidak akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri sepenuhnya sepanjang proses perceraian.

Terdahulu, Datuk Red atau nama sebenarnya Muhammad Akmal Azman turut hadir ke mahkamah bagi urusan yang sama dan memaklumkan dia ada menerima permohonan cerai daripada isteri, Sharifah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

Sekadar info, Datuk Red dan Adira telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

10 months ago

Datuk Red Dedah Isteri Pertama Turut Fail Cerai, Bakal Hilang Dua Isteri Sekelip Mata - "Mereka Tak Sepakat, Hanya Kebetulan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...