Didakwa Seolah Hina Orang Susah, Program Realiti The House Dikecam Netizen

Trending

Didakwa Seolah Hina Orang Susah,  Program Realiti The House Dikecam Netizen

Umum mengetahui, program realiti The House sebelum ini pernah menampilkan selebriti popular tanah air seperti Fattah Amin, Alvin Chong, Rozita Che Wan dan ramai lagi pada musim-musim lalu.

Namun, kali ini rancangan tersebut menampilkan ikon fesyen berpengaruh dan sosialit masyhur, Ezurin Khyra sebagai tetamu baharu program tersebut.

Advertisement

Program itu juga turut menyaksikan Ezurin bersama ahli keluarganya menyahut cabaran untuk hidup secara sederhana dan meninggalkan seketika realiti kehidupan royalti sebelum ini.

Akan tetapi, rata-rata netizen mengecam program realiti tersebut. Para netizen sekan tampil memaklumkan program tersebut seperti menghina golongan B40 dan orang susah.

Malah ada juga yang dilihat mempersoalkan adakah wajar program seperti ini ditayangkan memandangkan majoriti rakyat kini khabarnya sedang diuji dan mengalami kesukaran hidup serta terjejas pendapatan sehingga ada yang hilang tempat tinggal.

Kata warganet lagi, ramai yang dibuang kerja kerana keadaan ekonomi kini semakin teruk namun boleh pula ditayangkan rancangan seperti ini yang dilihat tidak sensitif dengan keadaan semasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...