Umum mengetahui, program realiti The House sebelum ini pernah menampilkan selebriti popular tanah air seperti Fattah Amin, Alvin Chong, Rozita Che Wan dan ramai lagi pada musim-musim lalu.
Namun, kali ini rancangan tersebut menampilkan ikon fesyen berpengaruh dan sosialit masyhur, Ezurin Khyra sebagai tetamu baharu program tersebut.
Program itu juga turut menyaksikan Ezurin bersama ahli keluarganya menyahut cabaran untuk hidup secara sederhana dan meninggalkan seketika realiti kehidupan royalti sebelum ini.
Akan tetapi, rata-rata netizen mengecam program realiti tersebut. Para netizen sekan tampil memaklumkan program tersebut seperti menghina golongan B40 dan orang susah.
"No TV, no Wifi.." yucks! The privileges are really blinded by their fortune.
— Indra Gondi (@indragondi) October 21, 2020
Is this show really necessary?? this is a huge insult to the poor! Tolong lah for once fikir 10 hari 10 malam apa perlunya program macamni? Dengan PKPB affecting semua orang. Sorry but this is so dumb.
— 10K?? (@antaintiom) October 21, 2020
To have a fetish for poor (B40) lifestyle is a bad obsession. It's like an exercise & experiment for u & few weeks later, you'll be in your mansion again. It's insensitive & cold blooded. Again, with cornrows on her head, I didn't expect her to understand any struggle at all https://t.co/SC6H0WsOa6
— Syaf ? (@AD0RABOWL) October 21, 2020
Malah ada juga yang dilihat mempersoalkan adakah wajar program seperti ini ditayangkan memandangkan majoriti rakyat kini khabarnya sedang diuji dan mengalami kesukaran hidup serta terjejas pendapatan sehingga ada yang hilang tempat tinggal.
Ekonomi sekarang tengah teruk. Ada yang takde kerja kena buang kerja hidup cukup2 makan untuk anak bini kenapa buat rancangan sampah macam ni? cuba buat program bagi sumbangan utk orang susah kan lagi baik
— Fatt (@SFazzahrah) October 21, 2020
Kata warganet lagi, ramai yang dibuang kerja kerana keadaan ekonomi kini semakin teruk namun boleh pula ditayangkan rancangan seperti ini yang dilihat tidak sensitif dengan keadaan semasa.