Didakwa Senang Jatuh Cinta Lokasi? Peminat Pertahankan & Beri Senarai Heroin Gandingan Fattah Amin – “Busuk Hati, Jangan Nak Fitnah”

Hiburan

Didakwa Senang Jatuh Cinta Lokasi? Peminat Pertahankan & Beri Senarai Heroin Gandingan Fattah Amin – “Busuk Hati, Jangan Nak Fitnah”

Sejak mengumumkan tarikh perkahwinan berlangsung pada 14 September, nama pelakon, Fattah Amin dan Amira Othman tidak henti-henti dibual oleh netizen di platform media sosial.

Melalui platform Threads, seorang individu telah mendakwa Fattah seseorang yang mudah jatuh cinta dengan heroin gandingannya setiap kali berlakon bersama.

Advertisement

Patahamin ni cepat jatuh cinta lokasi. Proven la with his previous relationship. Siapa ke entah nama pelakon tu. Lepas tu dengan Neelofa, Fazura. Semua heroin dia weh.

Tidak mendiamkan diri, seorang individu yang dipercayai peminat Fattah tampil mempertahankan pelakon itu dengan menyenaraikan barisan pelakon wanita yang pernah digandingkan bersama aktor itu.

fattah amin

Dapat dilihat dalam senarai itu, dilihat nama Fathia Latiff, Liyana Jasmay, Mira Filzah, Diana Danielle, Risteena, Izara Aishah, Janna Nick, Riena Diana, Fasha Sandha dan ramai lagi pelakon-pelakon wanita yang lain.

Susulan itu, ada individu meminta agar orang ramai berhenti membuat spekulasi dan sebaliknya hanya mendoakan agar kebahagian buat kedua-dua selebriti itu.

fattah amin kahwin amira othman
2025-09-10 10:46:14

Reka Teemor Dedah Konsep Islamik Bagi Majlis Nikah Fattah Amin & Amira Othman - "Menyentuh Jiwa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...