Didakwa Semakin Lengang Kerana Wujud ‘Kasta’, Pengurusan Masjid TTDI Beri Penjelasan – “Jangan Fitnah..”

Viral

Didakwa Semakin Lengang Kerana Wujud ‘Kasta’, Pengurusan Masjid TTDI Beri Penjelasan – “Jangan Fitnah..”

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail menafikan dakwaan kononnya berlaku kekurangan jemaah ketika majlis berbuka puasa susulan tindakan boikot oleh sebahagian pihak.

Penjelasan itu dibuat selepas tular satu video yang memaparkan ruang berbuka puasa di dalam masjid berkenaan kelihatan lengang, meskipun pek makanan sudah tersedia dan disusun di atas tikar.

Advertisement

masjid ttdi

komen netizen

Pengerusinya, Mohd Fazli Yusof berkata, dakwaan tersebut tidak berasas kerana kehadiran jemaah sejak awal Ramadan adalah memberangsangkan, iaitu sekitar 800 hingga 1,000 orang setiap hari.

Menurut beliau, suasana lengang seperti yang digambarkan dalam gambar tular tidak timbul kerana kebanyakan jemaah mula hadir memenuhi ruang masjid bermula jam 7 malam.

Tambahnya, pihak masjid sentiasa menyambut kehadiran semua jemaah tanpa sebarang syarat. Malah, ada ketikanya makanan tambahan terpaksa ditempah bagi menampung jumlah kehadiran yang melebihi jangkaan.

ttdi

“Pihak masjid mengambil serius mengenai sebahagian komen negatif yang boleh mencemarkan reputasi dan nama baik masjid.”

“Untuk makluman, pihak masjid memperuntukkan dana sebanyak RM450,000 bagi program berbuka puasa, moreh dan sahur sepanjang Ramadan bagi tahun ini.”

“Pihak masjid juga memperuntukkan makanan berbuka puasa untuk diagihkan kepada orang awam di stesen transit aliran massa (MRT) Taman Tun Dr Ismail.”

Dalam pada itu, Mohd Fazli memaklumkan bahawa pengurusan masjid sentiasa mengalu-alukan kehadiran golongan belia dan kanak-kanak sebagai generasi pelapis yang akan terus mengimarahkan rumah Allah SWT.

Sehubungan itu, pelbagai inisiatif telah dirangka khusus untuk mendekati golongan tersebut.

Beliau dalam masa sama menyeru orang ramai agar menjadikan Ramadan kali ini sebagai medan untuk memperkukuhkan kehambaan diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aqil Zulkiflee
2026-02-26 16:08:59

Didakwa Perlekeh Isteri Ketika 'Live', Aqil Zulkiflee Kalis Kecaman - "Haters Memang Tunggu Nak Kecam Aku"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...