Moment penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari bersalaman dan memeluk ibu bapa arwah Ashraf Sinclair, Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman telah menyentuh hati ramai.
Peminat memuji sikap keluarga Sinclair yang tetap menyayangi dan mengambil berat tentang Bunga meskipun kini sudah bernikah dengan lelaki lain.
Dalam pada itu, seorang individu bertanya kepada bapa arwah Ashraf di Instagram tentang perasaannya melihat Bunga move on dan kini sudah berkahwin semula.
Disangka hatinya terguris, Mohamed bagaimanapun menjawab kepada individu tersebut bahawa mereka sekeluarga sangat gembira.
Tidak (sedih). Malah, kami sangat gembira untuknya. Sudah hampir empat tahun (Ashraf meninggal dunia).
Menerusi komen, beberapa pengikutnya turut memberi respon dan memuji Mohamed yang bukan sahaja seorang bapa yang baik tetapi juga mentua yang hebat.
Kata warganet, move on itu tidak bermaksud Bunga melupakan arwah dan penyanyi tersebut sendiri akui dia tetap takkan pernah lupakan betapa sakitnya rasa kehilangan Ashraf.
Momen Bunga Citra Lestari & Tiko Aryawardhana Sungkem pada kedua Orang Tua Ashraf Sinclair 🤍
Bunga Citra Lestari & Tiko Aryawardhana Solemnization Video | Video Pernikahan Bunga Citra Lestari & Tiko Aryawardhana
Amankila, Bali
2 Disember 2023#BCL #BClNikah #BCLkahwin… https://t.co/Yw1QpNFfpt pic.twitter.com/Ow9FF0riG2
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) December 3, 2023